Saturday, November 27, 2010

yatta!!

alhamdulillah...
setel jugak urusan ku hari ni..
selama semalaman bersengkang mata menyiapkan presentation dan assingment...
akhirnya sensei terima jugak...walaupun bagiku tak se'complete' yg sensei nak
tonikaku alhamdulillah..

aku tak tau bagaimana nak bercerita...
tapi aku ringkaskan cerita yang panjang tu kepada pengajaran yg mudah

pengajaran:

1-bertawakkallah kepada Allah sbenar2 tawakkal....insyaAllah,Allah akan berikan keputusan yang terbaik utk kita...

2-jangan cepat mengalah walaupun di hadapan mata kita terdapat halangan yg secara logik tidak mampu dihalang..sebab itu adalah mainan syaitan..sengaja memperbesarkan perkara yg kecil...
tiada yg mustahil utk kita hadapinya selagi tawakkal kite kuat pada Allah..

3-jangan tertipu dengan tipu daya syaitan..dye da lame hidup berbanding kita...org alim beritahu bahawa syaitan mempunyai tidak kurang 60 000 cara dalam KEBAIKAN utk menipu kita...itu baru 'kebaikan'..kalau dalam kemungkaran,agaknya da siap ade perpustakaan khusus utk menipu manusia kot...nauzubillah~

ok sama2 doa semoga Allah bagi keputusan terbaik utk kita..Amin.

Monday, November 22, 2010

daun itu luruh lagi..

fuh~sejuk2...

sebaik keluar menapak dari rumah,terasa angin dingin menyapa batang tubuh....

menggigil juga dibuatnya...

"aih,xleh jadi nih..nanti sejuk pulak time naik beskal"

lantas dicapai muffler yg diletakkan dalam almari di bilik...

setelah dililit muffler dileher,terlintas di benak utk menyemak suhu pada pagi ini...

"8 degree!patut la keluar asap dari mulut..ni kalau xpakai glove mase naik basikal,mesti kering kulit tangan nanti..."

teringatkan masa yg semakin suntuk,lantas dicapai basikal lalu ditunggang..

setelah 10 minit berkayuh,akhirnya tiba di universiti..

utk seketika diri ini terpana melihat sepohon pokok yang merah dedaunnya...

menenangkan hati dan meredupkan mata bagi siapa yg terpandangnya..Subhanallah..

langkah kaki terus dihayun menuju ke dewan kuliah selepas memarkir basikal di tempat parkir basikal..

"mendung hari nih...",getus hati.

semasa melangkah ke kelas,terlihat kelibat sepohon pokok yg hampir kurang daunnya...

bertebaran daun2 luruh dari pokok..

"Oh alam,sungguh bijak kalian mentafsir hati hamba ketika ini..."getus hati kecil.

"Ya Tuhan tenangkanlah hati hamba-Mu ini..."pohon dalam senyap.

semakin diri ini melangkah,semakin banyak kelibat pohon yang hanya tinggal ranting singgah di mata...

"Patut la ramalan cuaca beritahu bermula minggu ini cuaca seluruh Jepun akan jadi semakin sejuk...dah nak masuk musim sejuk rupanya...sebab itu daun2 ini luruh..."hati membuat kesimpulan ringkas..


"Tapi Alam,kalian memang bijak membaca hatiku ketika ini...ku pohon agar dicepatkan masa supaya hati ini tidak terpengaruh dengan 'suasana' persekitaran....dan juga agar aku boleh melihat manik2 salji yang turun,menimbun dan memutih disekeliling ku...sekaligus hati ini dapat ditukar corak menjadi 'keras membeku' sebagaimana air keras membeku didalam sungai ketika musim salju...tiada lagi yang mampu menebus hati ini kecuali kasih Tuhan yg dicari..."


-22/11/2010-

Saturday, November 13, 2010

tengok daun kuning oren..

huih,lame xupdate blog..sibuk?hmm xde la sibuk sgt actually....pagi pegi kelas,petang balik kelas..malam siapkan repot and assingment pastu tdo...then berulang la perkara sama tiap2 hari...

sibuk camne sekali pon mase hujung minggu xleh dibuang begitu sahaja..perlu diisi dengan aktiviti2..datang sini bukan utk menuntut ilmu je..tapi ade lagi perkara yang lebih penting dari itu...yakni cari pengalaman...haa,jauh pulak melalut..ok2 straight tu the point...

semalam memg tecatit dalam diari utk spend masa pegi tengok keindahan ciptaan tuhan...taun lepas xdapat pegi..so taun kne pegi tengok...tempat yang dituju ialah Iwakuni..lebih kurang 1jam perjalanan...yang pergi bukan aku sorang je..ramai jugak la...pastu ditambah dengan kehadiran kak Hani n Abg farid sekeluarga..haha,memg best la...kak hani ngan abg farid xtinggal dekat ngan kitorang..agak jauh jugak la....so kitorang amek keputusan utk uchiawase(=jumpe) kat RnR je..senang.xyah kua masuk highway 2-3 kali...

hajat asal nak masak nasik lemak buat bekal perjalanan..tapi sebab kesuntukan masa xbuat apa2 utk bekal...sori ek kawan2..waruikedo...sampai kat Iwakuni,kitorang terus melantak tahap xingat...lapar punye pasal...terima kasih kepada tukang masak sekian...

lepas makan n tunai solat,kitorg pon bergegas gi tengok daun kuning oren..haa,nak tau cane daun kuning oren tuh cane meh tengok gambar..


mase merentasi jambatan,kelihatan kelibat dua kanak2 yang sedang leka bemain air..bukan aku yang snap pon..tapi suke la gambar nih hehe...

sampai seberang sana,pokok ini seolah2 menanti kehadiran kami...apekah makna yang tersirat disebalik luruhnya daun2 kuning ini ye.....
ton warne yang sangat memukau....SubhanAllah....

merah dan merah lagi....

"musim luruh didalam hatiku"
hehe...ber'jiwa' btol mamat nih....

mase kecik2 dulu suke tengok cite2 kungfu cine....bile diri at the present terasa mcm
'pergh....aku dalam filem!'
hahaha...
tengok kiri kanan,360 degree daun warne kuning emas+merah+oren..
SubhanAllah...


gambar2 diatas bukan yang diedit...tapi yang original....klu edit gambar,hilanglah keaslian gambar tu..betol x?haha...
ok2 sampai sini dulu...
selamat menikmati pemandangan daun kuning oren...dan juga merah!!

Tuesday, November 2, 2010

nilai sekeping 20 sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

p/s:aku pun copy and paste je cerita nih....yang baik ambil teladan...